Aplikasi Mileage Mudah.
LHDN Filing Jadi Senang.
Penjejak Mileage #1 untuk Riders.
Jejak petrol, servis, dan mileage.
Anggar pelepasan cukai kereta & perniagaan dengan mudah.
Tracking Mudah. Jimat Wang.
Tiada internet? Tiada masalah. Aplikasi ini berfungsi di mana sahaja. Data anda kekal dalam telefon, bukan di pelayan (server) kami.


100% Privasi & Luar Talian (Offline)
Sedia e-Invois
Hanya tunjuk telefon anda di kedai. Biar mereka lihat TIN nombor anda. Dapatkan resit dengan pantas. Tidak perlu tulis manual.
Anggar Pelepasan Cukai Kereta Anda
Berhenti meneka. Kami anggarkan Elaun Modal (Capital Allowance) anda untuk panduan pelepasan cukai LHDN. Masukkan harga kereta, dan kami tunjukkan angka cadangan.
Dibuat untuk Riders.
Mudah & Steady.
Aplikasi ringkas untuk pekerja gig Malaysia.


Jejak dengan Panta
Masukkan data petrol dan pendapatan dalam beberapa saat. Berfungsi di parkir bawah tanah atau tempat tiada line.
Anda Kawal Backup Anda (Pro)
Eksport semua ke fail Zip. Simpan ke telefon, hantar ke WhatsApp, atau Emel. Data anda, pilihan anda.
Ringkasan Cukai Satu-Klik (Pro)
Pening kepala musim cukai? Tekan satu butang sahaja. Dapatkan ringkasan Untung & Rugi (P&L) untuk mudahkan urusan LHDN anda. Settle.
Lihat Untung Bersih Sebenar
Selepas tolak petrol dan komisen platform, berapa sebenarnya yang anda bawa pulang? Kami tunjukkan baki bersih yang nyata.
Mengenai Kami
Dibina untuk Kebebasan. Direka untuk Realiti.
KmTracking adalah produk keluaran Cypher Novus PLT. Menjadi pekerja gig di Malaysia memang mencabar. Harga petrol naik, tambang turun. Bila sampai musim cukai, pemfailan LHDN boleh jadi pening kepala. Anda perlukan penjejak mileage mudah yang membantu anda jimat wang, bukan belanja lebih.
Kami membina KmTracking dengan satu kepercayaan: Data Anda, Peraturan Anda. Kami tidak simpan rekod perjalanan peribadi anda di server kami—semuanya kekal di dalam telefon anda.
Oleh sebab kami menolak penggunaan server cloud yang mahal, kami pulangkan penjimatan itu kepada anda. Anda dapat alat anggaran cukai yang hebat dan backup selamat dengan hanya RM9.90 sebulan.
Lagi untung? Ambil Pelan Tahunan untuk RM49. Jatuhnya hanya RM4 sebulan. Lebih kurang harga Nasi Lemak Bungkus sahaja.
Pelaburan kecil. Penjimatan besar. Steady.


Galeri


Hubungi Kami
Ada soalan? Kami di sini untuk membantu pada bila-bila masa.
marketing@kmtracking.com
© 2026 Cypher Novus PLT 202604000343(LLP0045564-LGN). All rights reserved.
